Powered by Blogger.

video wanita sarat mengandung maut apabila lehernya sangkut pada celahan pagar



Xi’an (China): Seorang wanita yang mengandung anak kembar maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya tersangkut pada pagar di sebatang jalan di bandar ini.

Sedihnya!! Ajal Wanita Hamil Kembar Tersepit Leher Di Pagar
Keadaan Mayat Wanita Yang Tersepit Leher Di Pagar

Wanita yang tidak dinamakan itu dilaporkan meninggal dunia akibat tercekik selepas lehernya tersepit pada celah pagar berkenaan.

Kejadian pada Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang hamil tujuh bulan tiba-tiba pengsan ketika berjalan di lokasi berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu, wanita itu dilihat cuba memegang pagar itu, tetapi dia terjatuh menyebabkan lehernya tersepit.

Orang ramai yang berada di laluan yang sibuk itu cuba membantu, tetapi leher mangsa yang berusia 30-an tersepit dengan kuat.



Satu rakaman video menunjukkan beberapa lelaki cuba mematahkan pagar berkenaan, namun gagal.


Apabila pasukan penyelamat tiba, wanita itu disahkan meninggal dunia.

Lebih menyedihkan lagi, bayi kembar dalam kandungan wanita itu juga gagal diselamatkan. - Agensi/HMetro






Tag : sedih
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "video wanita sarat mengandung maut apabila lehernya sangkut pada celahan pagar"

Back To Top