Powered by Blogger.

SIKAP pengotor dan jijik seorang peniaga apam balik yang kencing di dalam plastik ketika menjual makanan


 Video Penjual Apam Balik Tadah Kencing Dalam Plastik Sambil Berniaga


SIKAP pengotor dan jijik seorang peniaga apam balik yang kencing di dalam plastik ketika menjual makanan tersebut ditengah-tengah kesibukan pasar malam mengundang kemarahan kita.


 Beliau yang menjual apam balik dan minuman bungkus mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral. 

Menurut sumber, rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan. Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status; “Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..

Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya. Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga. Sikap beliau ini membuatkan pelanggan pasar malam yang lain merasa jijik untuk membeli makanan yang dijual di pasar malam. Terlalu jijik dan kotor sehingga mengundang rasa loya.


Tag : jijik
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk " SIKAP pengotor dan jijik seorang peniaga apam balik yang kencing di dalam plastik ketika menjual makanan"

Back To Top