Powered by Blogger.

gila punya polis.. video pukul isteri dalam pantang didepan pondok polis



SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota polis sedang menghalau dan memukul isterinya yang baru sahaja beberapa hari melahirkan anak kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Menerusi video berdurasi 1.04 saat itu, lelaki tersebut dilihat tengking isterinya sedang berjalan dengan langkah kecil sebelum tamparnya dengan kuat di hadapan sebuah pondok polis yang tidak diketahui lokasi kejadiannya.

Selain pasangan suami isteri itu, dalam video berkenaan turut kelihatan seorang wanita lagi dan dipercayai ibu mentua kepada anggota pasukan polis tersebut yang sedang mendukung bayi.

Barang kali kerana berasa takut, ibu wanita itu dilihat tidak mampu menghalang tindakan ganas mentuanya dan hanya mampu menolong memimpin anaknya.

Pada hujung video, keluarga ini dilihat telah masuk ke dalam sebuah pondok polis tersebut namun masih lagi kedengaran suara seperti berlakunya pertelingkahan.

Bagaimanapun, punca sebenar lelaki tersebut berbuat demikian tidak pula diketahui.

Insiden ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakannya memukul wanita yang baru melahirkan zuriatnya sebagai tidak berhati perut.

Malah ia seolah-olah mahu mengaibkan isterinya kerana dilakukan di tempat terbuka. – MYNEWSHUB.CC

cc----http://www.mynewshub.cc
Tag : kisah
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "gila punya polis.. video pukul isteri dalam pantang didepan pondok polis"

Back To Top