Powered by Blogger.

BAU busuk di perkarangan klinik di Pengkalan Chepa Mayat bayi yang masih bertali pusat




BAU busuk di perkarangan klinik di Pengkalan Chepa, Kelantan membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui di kawasan semak di hujung pagar klinik dalam keadaan sempurna, dibalut dengan baju sejuk berwarna gelap.



Dipercayai mayat berkenaan diletakkan pada malam kelmarin berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman Facebook Malaysian Respond Team.

Pihak forensik telah‎ dimaklumkan untuk siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Sementara itu, netizen di media sosial tidak putus-putus melahirkan simpati mengenangkan nasib bayi berkenaan dan dalam pada masa yang sama menghentam pelaku yang tidak berperikemanusiaan itu.

Bak kata pengguna Facebook Amri Din,”Sedih, marah, benci, semua ada, kepada si pelaku mohon bertaubat, diharapkan anda sempat bertaubat. Aku sangup mati demi anak. tapi ko main campak je,” tulisnya diruangan komen.-MYNEWSHUB.CC

Tag : sedih
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "BAU busuk di perkarangan klinik di Pengkalan Chepa Mayat bayi yang masih bertali pusat "

Back To Top