Powered by Blogger.

al fatihah buat mangsa fitnah...kuatkan hati wahai isteri sedang bertarung nyawa di hospital















Jenazah mangsa kes bunuh di Batu Pahat telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Minyak Beku..

Batu Pahat: Pengawal keselamatan ditemui mati dibunuh dalam keadaan tertiarap dan tangan terikat di kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Muar- Yong Peng di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui oleh orang awam kira-kira 6.30 petang.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar di leher pada mayat terbabit.

"Siasatan awal juga mendapati lelaki terbabit adalah individu sama yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. Laporan dibuat oleh isteri kira-kira 5 petang," katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tolong kepada semua rakan2 yg mengenali lelaki ini... dia kawan sy dan satu kampung dgn sy telah hilang tgh hari td.. smpi sekarang masih tidak dpt di kesan kemana dia pergi... 

kesian pada ank dan isterinya.. lagi2 isterinya sedang menunggu hari untuk bersalin... ya allah.. kau selamatkan lah kawan ku..... Aamiin...
Tag : sedih
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "al fatihah buat mangsa fitnah...kuatkan hati wahai isteri sedang bertarung nyawa di hospital"

Back To Top