Powered by Blogger.

warga emas menangis kerana kecewa buat 12 burger untuk cucu tak hadir



KISAH menyayat hati seorang warga emas yang mahu makan malam bersama enam cucu di rumahnya hampa apabila hanya seorang daripada enam cucunya hadir ke rumahnya yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat.


Kelsey Harmon memuat naik gambar datuknya yang dikenali sebagai Pawpaw itu ke akaun Twitternya sekali gus membangkitkan rasa simpati dan marah dalam kalangan netizen terhadap cucu-cucu Pawpaw kerana tidak menghargai usaha dilakukan oleh datuknya itu.



Kelsey menulis di ruangan posting Twitter miliknya berbunyi;

“Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Saya sayang datuk.”

Terdapat juga dalam kalangan netizen yang berkongsi gambar sebiji burger sebagai tanda sokongan terhadap Pawpaw.



Kemudian Kelsey memuat satu lagi posting menyatakan Pawpaw tidak ‘baik-baik’ sahaja dan meminta supaya pengguna laman sosial memberhentikan ugutan terhadap sepupu-sepupunya.



Selain kisah sedih mengenai Pawpaw yang menjadi viral, terdapat beberapa keping gambar datuk Kelsey yang telah diedit oleh pengguna media sosial untuk ‘mengabadikan’ kisah Pawpaw dengan hashtag #Pawpaw. – MYNEWSHUB.CC




Tag : sedih
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "warga emas menangis kerana kecewa buat 12 burger untuk cucu tak hadir"

Back To Top