Powered by Blogger.

Wakil Rakyat Umno Kena ‘Tarik Telinga’





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi ‘ditarik telinga’ ketika memenuhi jemputan majlis perkahwinan para pengundi di kawasan beliau.

Budiman melalui status di laman sosialnya berkata insiden tersebut berlaku apabila salah seorang pengundi meminta penjelasan mengenai rambutnya yang panjang.

“YB (yang berhormat), rambut betul ke palsu, cuba mak pegang… rambut betul (tapi) kenapa panjang ni?” soal seorang wanita pertengahan usia di majlis tersebut.

“Buka sekolah nanti saya potonglah, mak” balas Budiman secara berjenaka terhadap wanita yang dipanggil mak itu sebagai tanda hormat.

Budiman kemudiannya turut memuat naik perbualan dan gambar ‘ditarik telinga’.

SuaraTV melaporkan mendapati rata-rata kenalan Budiman turut mengusiknya dan menyifatkan beliau sebagai wakil rakyat yang ‘sempoi’ (bersahaja).

“Tarik telinga dia mak, tak nak potong rambut dia ni,” tulis Asmak Ahmad.

“Hahahahahaaaa…….. lawak…. lawak…. pening kepala kalau dicabut rambutnye (Budiman),” ujar Nor Asmayati.

“Hari ni YB tak pakai baju kotak ya…. kena potong rambut ye YB, nanti mak marah lagi,” kata Ita Usin.

“Patutnya piat telinga waibi tu hihihi,” ujar Encik MK.



cc--http://malaysianreview.com
Tag : politik
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "Wakil Rakyat Umno Kena ‘Tarik Telinga’ "

Back To Top