Powered by Blogger.

video 20 biji kereta penonton bola sepak diheret lori sepanjang jalan...marah betul penonton bila keluar tengok kereta mereka


KECOH jadinya laman sosial apabila tersebar gambar banyak kenderaan yang rosak teruk akibat disagat sebuah treler, semalam.

Pemandu treler terbabit dikatakan merempuh 20 biji kereta yang diparkir di lebuh raya kerana menghalang laluannya.

Ketika kejadian, para pemandu kereta terbabit sedang enak bersorak di Stadium Hang Jebat Melaka menyaksikan perlawanan bola sepak antara PDRM dan Johor.


Meskipun mengakibatkan banyak kerosakan, rata-rata komen di laman sosial bagaimana pun menyokong tindakan pemandu treler kerana beranggapan pemandu kereta yang rosak dirempuh itu sengaja mencari nahas apabila tidak parkir kenderaan di tempat sepatutnya.

Ramai mendakwa ruang untuk parkir yang selamat cukup untuk pengunjung yang ingin menyaksikan perlawanan di stadium tetapi tetap ada yang parkir di tepi lebuh raya dengan harapan senang untuk keluar selepas perlawanan tamat.

Kalau benar itu yang diniatkan para pemandu kereta yang disagat treler malam ini, ternyata impian tersebut tidak kenyataan.

Apa yang ingin kami pesan kat sini, parkirlah di tempat sepatutnya walaupun terpaksa beratur sedikit dan kepada pemandu kenderaan terlibat bertabahlah dan mudah-mudahan insurans kereta anda first party. – MYNEWSHUB.CC


Tag : semasa
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "video 20 biji kereta penonton bola sepak diheret lori sepanjang jalan...marah betul penonton bila keluar tengok kereta mereka"

Back To Top