Powered by Blogger.

pelakon rancang 2 tahun tanpa anak kerana masih tak puas nak bermanja dengan suami



PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan suami masih belum bersedia untuk menerima cahaya mata dalam masa terdekat.

Ramona, 26, dan suami Rami Alashkar, 27, yang bakal meraikan ulang tahun pertama perkahwinan pada 1 Mei depan berkata, mereka masih mahu meluangkan masa bersama-sama memandangkan sebelum ini sibuk dengan komitmen masing-masing.

Menurut pelakon drama bersiri Anakku Diva ini kepada sebuah portal hiburan, walaupun usia perkahwinannya sudah hampir setahun tetapi dia berasakan seolah-olah baharu di alam percintaan dan masih banyak yang ingin dia kenali tentang suaminya.

“Alhamdulillah selepas berkahwin Ramona seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami dan masih banyak yang Ramona ingin tahu tentang dia.

“Kami masih dalam proses saling mengenali dan Ramona masih mahu bermanja-manja dengannya, mahu dia berikan sepenuh perhatian. Bila ada waktu terluang Ramona mahu keluar berdua-duaan,” katanya.

Menurut Ramona suami menghormati kehendaknya untuk tidak mempunyai anak dalam masa terdekat namun tidak menolak seandainya mereka dikurniakan anak lebih awal dari masa yang di rancangkan iaitu selepas dua tahun.

“Suami memahami dan tidak mempunyai isu tentang perkara ini. Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak.

“Bagaimanapun jika sebelum tempoh itu sampai saya didapati hamil, kami tidak akan menolak. Itu rezeki daripada Allah,” ujar Ramona.



Pemenang keempat pertandingan Dewi Remaja seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir ini memberitahu, dia merancang untuk berbulan madu kali kedua di Eropah dan tiket penerbangan ke Switzerland sudah pun dibeli.

Semoga pasangan ini bergembira ketika berbulan madu dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka. – MYNEWSHUB.CC
Tag : hiburan
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "pelakon rancang 2 tahun tanpa anak kerana masih tak puas nak bermanja dengan suami"

Back To Top