Powered by Blogger.

oo ni rupanya punca sebenar artis wanita ni berc3rai talak 3 masa mengandung 3 bulan...




Punca Sebenar Linda Rafar Bercerai Talak 3 Dengan Syed Aiman | Bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar akui berasa trauma dan tawar hati dengan suaminya Syed Aiman yang juga seorang pelakon Malaysia selepas mendakwa dia diceraikan dalam keadaan dirinya sedang hamil tiga bulan.

Pemilik nama Azlinda Rafar menyatakan dia telah mendapatkan nasihat kakak dan ibunya sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah bagi mendapatkan pencerahan tentang hal tersebut.

“Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan yang terbaik,” katanya.

Tambah Linda lagi, dia juga bersedia untuk berdepan dengan apa juga kemungkinan yang bakal dihadapi.

Dalam pada itu, Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak media.

“Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya yang reka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,” ujarnya.
Tag : perkahwinan
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "oo ni rupanya punca sebenar artis wanita ni berc3rai talak 3 masa mengandung 3 bulan..."

Back To Top