Powered by Blogger.

najib gesa rakyat puji dan memberitahu berhutang budi dengan rosmah.....


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.



Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.


Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.


"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.



Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.


"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.


"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib. - Mkini.

Tag : politik
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "najib gesa rakyat puji dan memberitahu berhutang budi dengan rosmah....."

Back To Top