Powered by Blogger.

kisah tentang hal rumah tanggaku yang ramai tergamam bila membacanya


17/07/2008 - kita mula berkawan rapat. *orang muda kata start couple  haha masa tu umur baru 14tahun and husband 16tahun. Dan macam biasa ramai akan kata, gatai! Sekolah tak habis dah sibuk couple  dan saya pun akan buat muka  hehehe

Sepanjang couple ada dugaan tak? Hm tipu kalau takda  ada. Siap ingat lagi tarikh 1st gaduh besar. 22/02/2009  gaduh sebab ada sorang perempuan mengaku gf husband kita padahal syok sendiri  siap berdepan lagi  adoi kelakar ingat balik.

Dugaan kedua lepas kita sambung belajar. Alahai! Ni dugaan paling besar kot. Sebab terjumpa lelaki yg sebaik husband. Teruknyaa perangai  tapi Alhamdulillah, jodoh takan kemana. Sekejap je leka, lepas tu jadi orang balik. Kahkahkah! Nakalnya aien  tapi husband ni bagus, dia tetap terima kita walaupun kita dah buat dia kecewa. Tu yang sayang lebih tu  muahh ciked! Hehe

Bulan april 2015 - husband bagitahu niat nak datang meminang. Then kita pun excited lah bagitahu family yang family husband nk dtg merisik  tapi family cakap, dah kenal lama, tunang jelah terus. Lepas tu husband pun okay

17/05/2015 - masa ni dah 6tahun10bulan berkawan, tetiba husband melamar kita dekat tasik putrajaya. *mmg port dating haha and dia bagi sejambak bunga dan 10keping notes. Rasa terharu sangat dan ternangis pulak time tu  malu kita

13/06/2015 - sampai lah masa ni, kita dengan husband selamat dah bertunang dan akhirnya kita jadi tunang husband  planning bulan 11/2014 tapi biasalah, ada masalah sikit  Alhamdulillah panjang lagi jodoh kami

12/02/2016 - sampailah tarikh keramat ni. Kita sah menjadi isteri kepada husband kita Alhamdulillah. Bersyukur sangat kerana semuanya dipermudahkan  hampir 8tahun berkawan/couple akhirnya kami disatukan. Iolss excited sangat!

Masa sekolah dulu, sibuk berangan nak kahwin time bila apa semua dan akhirnya semua angan2 jadi kenyataan  Allah satukan kami. Alhamdulillah. Walau pelbagai dugaan semasa berkawan/couple tapi akhirnya selamat jugak disatukan  dan HARINI Genap SEBULAN jadi suami isteri. Alhamdulillah

Siapa cakap couple lama2 bila kahwin kurang kemanisan tu? Tak jugak, bagi aien, kemanisan antara pasangan bergantung pada diri kita sendiri. Semakin kita sayangkan seseorang tu semakin kuatlah perasaan cinta sayang kita dekat si dia. Jangan pernah rasa jemu bila bersama. Sama sama bertolak ansur. InshaaAllah kekal selamanya. *org akan ckp, baru sebulan kahwin, Tgklah lama3 nanti.* jangan dengki sangat. Doa je baik2 untuk kami inshaaAllah semuanya akan baik2 belaka  dan terima kasih kepada sesiapa yang doakan kebahagiaan kami. Dan doa supaya kami dapat baby cepat2. Aamiin!  amboi ngada! Hehe

Bila org tanya, mcm mana korang boleh kekal lama? Sampai kahwin  Alhamdulillah. Tu semua Allah yang izinkan  yang penting dalam hubungan kita mesti jujur dan setia. Tapi bila tak setia, kita tgk pulak pasangan kita, boleh terima kita balik tak if kita mengaku yg kita tak setia  ada sesetengah dia takan berpatah balik dan ada sesetengah dia akan fikir dulu dan akan terima kita kerana sayang dan cinta tu masih ada. Dan yang penting kita jangan buat hal lagi. Haha dan yang paling penting, masing2 kena bagi semangat bila pasangan perlukan kita. Kita kena selalu ada dengan dia dan jangan sesekali bosan dengan pasangan

Ada lagi yang tanya, mudanya dah nak kahwin? Setiap orang ada perancangan sendiri. Kami dah ready sebab tu kami kahwin. Alhamdulillah keluarga semua restu. Semua tu bergantung pada kita jugak, sanggup atau tak utk hadapi alam rumahtangga bersama dan inshaaAllah kami bersedia. Semoga kami dapat tempuh alam perkahwinan ni bersama. Aamiin!

Utk husband, terima kasih kerana terima segala kelebihan dan kekurangan syg  terima kasih banyak mengalah dan banyak beri semangat pada syg  iloveyou husband! You're my one and only husband that i love  muah ciked! Hehe happy 1month anniversary

Untuk awak awak yang nak kahwin muda tu, jangan takut utk kahwin muda. Bila dah bersedia, teruskan niat. InshaaAllah semua akan dipermudahkan. Buat apa nak lambatkan benda yang baik. Kan? Janji masing masing kena bersedia utk hadapi alam perkahwinan ni bersama k

* peringatan utk semua dan diri sendiri  jangan terlalu mencari yang sempurna sehingga tak nampak yang sempurna ada di depan mata. Hargai dia sebelum terlambat

cc----http://www.datangbulanke.com
Tag : perkahwinan
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "kisah tentang hal rumah tanggaku yang ramai tergamam bila membacanya"

Back To Top