Powered by Blogger.

ISIS nak culik najib dan zahid...kenapa????


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria rancang culik dirinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Gambar Bernama

Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) merancang menculik pimpinan tertinggi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.

Termasuk dalam senarai mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beliau sendiri selaku menteri dalam negeri, kata Zahid.

Katanya, kumpulan militan itu juga merancang memusnahkan masjid Syiah dan rumah ibadat penganut Buddha serta memusnahkan pusat hiburan dan perjudian di dalam negara.

“Tiga belas elemen Isis merancang untuk menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan,” kata Zahid pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini lapor The Malaysian Insider.

TMI melaporkan beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meminta kerajaan menyatakan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan pengganas Isis di negara ini.






Tag : politik
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "ISIS nak culik najib dan zahid...kenapa????"

Back To Top