Powered by Blogger.

cinta 80 km ..saya tetap menjaga abang hingga akhir hayat saya



Sungai Petani: Kehidupan sebuah keluarga bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’ apabila bukan saja hidup susah, malah suami yang menjadi tulang belakang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, akibat pelbagai penyakit kronik sejak Januari lalu.

Lebih malang apabila si isteri, Nurul Zarita Zainol, 31, terpaksa menempuh perjalanan ulang-alik sejauh 80 kilometer untuk menziarah suaminya, Mohd Haslan Che Hamzah, 30, di HSAH setiap hari dengan meminjam motosikal ibu mentuanya dari rumah mereka di Kampung Bagan Asam, Tanjung Dawai.

Nurul Zarita berkata, sebelum ini suaminya memperoleh pendapatan RM500 sebulan dengan bekerja sebagai pembancuh minuman di kedai makan, namun mula berdepan masalah apabila suaminya tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, suaminya dikesan mempunyai masalah asma, berat badan susut secara mendadak dan hilang selera makan menyebabkannya tidak mempunyai kudrat untuk bekerja.

Katanya, sejak suaminya terlantar, dia mengharapkan belas ihsan ibu mentuanya, Che Wangi Ahmad, 53, dan adik iparnya, Mohd Aiman Shaari, 22, untuk meneruskan kehidupan bersama dua anak mereka, Puteri Isma Dania, 4, serta Siti Nur Fifi Wardina, sembilan bulan.



Tag : perkahwinan
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "cinta 80 km ..saya tetap menjaga abang hingga akhir hayat saya"

Back To Top