Powered by Blogger.

anak saya kena asma tapi kenapa k3mal8annya dipegang semasa mendapat rawatan





Remaja lelaki trauma dicabul ketika terima rawatan


Remaja lelaki tersebut kini mengalami trauma kerana diperlakukan sedemikian sewaktu berada di wad. - Gambar hiasan


SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun trauma selepas dicabul seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan bagi penyakit asma yang dihidapinya, di sebuah hospital, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata remaja itu dibawa ayahnya ke hospital berkenaan kira-kira pukul 6 pagi, 23 Mac lalu dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

"Ayahnya mendakwa, pada kira-kira pukul 3 pagi 25 Mac, seorang lelaki masuk ke wad anaknya, membuka seluar anaknya tanpa kebenaran dan memegang kemaluan anaknya sebelum beredar dari bilik itu.

"Kejadian itu didakwa berulang pada 26 dan 27 Mac, antara pukul 3 dan 4 pagi sehingga menyebabkan emosi remaja berkenaan terganggu dan mengalami trauma," katanya kepada Bernama, hari ini.


Md Zukir berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tag : semasa
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "anak saya kena asma tapi kenapa k3mal8annya dipegang semasa mendapat rawatan"

Back To Top