Powered by Blogger.

adenan suruh najib cari bini orang iban


Ekoran keprihatinan perdana menteri terhadap nasib dan pembangunan Sarawak, maka Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berjenaka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban”. – Gambar Sinar Harian

“Terima kasih (perdana menteri) semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti orang laut dan Iban.

“(Disebabkan itu) saya nasihatkan perdana menteri untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban” katanya berjenaka ketika berucap di majlis perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, seperti yang dilaporkan oleh SuaraTV.

Menurut Adenan kekerapan Najib untuk melakukan lawatan kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima perdana menteri terdahulu.

Sepanjang enam tahun menerajui kepimpinan negara, katanya, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47 kali ke Sarawak.

“Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo,” katanya.

“Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16 billion untuk negeri Sarawak,” kata Adenan.


Tag : politik
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "adenan suruh najib cari bini orang iban"

Back To Top