Powered by Blogger.

Jangan bagi syaitan menang- "syaitan sedang menangis kesedihan sebab abang,




Jangan bagi syaitan menang
=======================

Kereta kehabisan bateri, anak-anak terpaksa di pontengkan sekolah. Sambil menunggu etiqa auto assist ni sampai biarlah saya ceritakan kisah anak-anak saya.
.
Lumrah anak-anak bergaduh, mengelak bila disuruh solat (orang tua pun sama juga), berperang mulut, berebut barang, ejek mengejek dan bermacam-macam lagi kerenah. Ianya bergantung sama ada saya nak anggap mereka belajar berkomunikasi atau mereka berperangai buruk asyik bergaduh sahaja; adakah mereka cuba mempertahankan hak mereka atau mereka tak pandai bertolak ansur; adakah mereka mudah merajuk atau mereka cuba mencari cara memujuk diri selepas emosinya tercedera.
.
Seseorang hantar gambar ni dalam wassap. Maka saya pun ceritakan kepada mereka bagaimana syaitan gembira bila kita bergaduh dan bersedih bila kita mengikut suruhan Allah.
.
Alhamdulillah peranan syaitan dalam menyesatkan manusia dan membuatkan manusia bergaduh sesama sendiri lebih jelas dalam minda anak-anak saya.
.
Bila aura bergaduh sudah mula saya pun pesan " jangan bagi syaitan menang, nanti syaitan akan ketawa bergolek-golek tengok Hisham dan Hafiz bergaduh!!"
.
Bila dalam sela masa tertentu anak-anak saya berinteraksi dengan baik saya pun kata "syaitan sedang menangis kesedihan sebab abang, Hisham dan Humairah kawan baik-baik, yeay syaitan dah kalah!!".
.
Bila saya pulang ke rumah pula , saya akan tanya "Harini siapa yang menang, syaitan ke Hisham?"

"Syaitan kalah, abang dengan Hishan menang" jawab Hafiz
.
Tahap kognitif yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Elakkan menggunakan kaedah dewasa bila berinteraksi dengan anak-anak. Kemahiran ini perlu dipelajari dan dipraktiskan.
.
Dapatkan maklumat lanjut dari buku saya "7Tips Komunikasi Dengan Anak-anak". Limited edition. Bilangan semakin menyusut sejak dilancarkan 30 Januari yang lepas.
Tag : agama
http://projekmssp.blogspot.my/2016/01/tahniah-dan-terima-kasih-kerana-anda.html

0 Komentar untuk "Jangan bagi syaitan menang- "syaitan sedang menangis kesedihan sebab abang,"

Back To Top